Bahagian ini mengandungi koleksi soalan SejarahWarisan Kesultanan Melayu dan contoh bahan pengajaran Sejarah menerusi pelbagai pendekatan. Anda juga boleh mendapatkan huraian sukatan matapelajaran Sejarah Tingkatan Satu di sini.

Gambar merupakan salah satu alat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Ia amat sesuai di peringkat menengah rendah . Cara ini bertepatan dengan prinsip pembelajaran yang menekankan pembelajaran secara konkrit.

Bentuk simulasi dan mainan ini amat berguna kerana silang kata bukanlah satu tekaan yang boleh dibuat secara sembarangan. Sebaliknya, pelajar perlu memahami maksud soalan atau kunci perkataan. Cara ini boleh mencabar daya pemikiran pelajar berfikir secara objektif dan tepat.

Carta struktur menunjukkan hierarki atau susunan. Ia membolehkan para pelajar memahami dengan lebih pantas.

Satu corak pembelajaran yang sesuai bagi pelajar yang lemah. Prinsip asasnya adalah mengurangkan kegagalan dan meningkatkan kemajuan pelajar mengikut taraf kebolehan mereka.

Pelajaran boleh berkembang dan dikaitkan dengan kebolehan menilai fakta dan membuat anggapan umum.
Klik gambar di bawah untuk memuat turun

No comments:
Post a Comment